04 Februari, 2010

Topik Februari 2010

Topik BOS mingguan Februari 2010.

 

Mulai Februari 2010, para MDAM akan mengunjungi DC-DC mengikut jadual seperti biasa.

Cuma kali ini, mereka akan membawa topik masing-masing mengikut keperluan semasa.

 

Untuk Februari 2010, topik2nya adalah seperti berikut:-
































Pemimpin


Topik

MDAM Roslan Abdullah (RA)

-Cara mengendalikan mesyuarat kumpulan yang berkesan.

MDAM Roslan Basir (RB)-Asas kombinasi kejayaan.
MDAM Mohamad Sobani Othman (SO)-5M1K.
MDAM Ahmad Fawzy Hashim (FH)-Menghadapi cabaran dan penolakan.
MDAM Cheong Kim Leong (CKL)-Cara penerangan rancangan perniagaan yang berkesan.
DAM Fauzi Jusoh (FJ)-Teknik jualan yang berkesan.
EAM Mohd Saad Muji (MS)-Pengurusan kewangan usahawan MLM.
EAM Abdul Samat Noor (SN)-Persediaan untuk home-party dan PKP.

 

 


07 Disember, 2009

Perancangan 2010

Untuk memantapkan lagi pasaran CNI kawasan tengah pada 2010, beberapa program besar telahpun dirancangkan. Antaranya ialah:-
1.Majlis Makan Malam;
2.Pertandingan Futsal;
3.Hari Keluarga;
4.Program Derma Darah dan
5.Majlis Korban Aidil Adha.
Selain dari itu, aktiviti Super GBOS dwibulanan akan diteruskan seperti biasa dengan menjemput beberapa MDAM dari luar kawasan tengah seperti dari Utara, Selatan, Pantai Timur dan juga Borneo.

Super GBOS Akhir 2009

1 Family, 1 CNI dan 1 Malaysia.

Menampilkan 3 adik-beradik yang telah berjaya membina kerjaya bersama CNI sehingga ke puncak. Mereka ialah:
1. MDAM Murad Basir;
2. MDAM Roslan Basir dan
3. DAM Jalaini Basir.

Kisah tiga tokoh terkemuka CNI ini amatlah membanggakan dan patut dicontohi oleh semua keluarga yang ada di Malaysia yang mana seluruh ahli keluargnya melibatkan diri bersama CNI. Walaupun berasal dari keluarga yang miskin, tetapi hari ini... keluarga mereka sangat disegani dan disanjung tinggi oleh masyarakat setempat. Semoga ianya menjadi teladan kepada para usahawan CNI untuk mengajak ahli keluarga bersama-sama menyokong dalam membina kerjaya keluarga bersama CNI.

07 April, 2008

MLM Kerjaya Pilihan.

Sekarang ini pihak kerajaan Malaysia telah pun mengisytiharkan bahawa Keusahawanan adalah Kerjaya Pilihan. Memang benar... kerana hanya dengan menjadi usahawan sahaja seseorang itu boleh maju, sekiranya semua orang Melayu menjadi usahawan yang berjaya maka secara tidak langsung orang-orang Melayu akan maju dan juga negara kita akan maju. Sehubungan itu, saya menekankan di sini bahawa bidang keusahawanan itu sangat banyak dan luas. Apatah lagi ianya melibatkan berbagai disiplin ilmu dan kemahiran. Andainya tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang spesifik, ianya pasti boleh menyebabkan seseorang individu itu gagal akhirnya. Memang tidak syak lagi bahawa keusahawanan yang paling sesuai untuk seseorang itu adalah dunia MLM iaitu Multi-Level-Marketing.
Kenapa MLM ??
Mudah saja... di Malaysia ni sangat banyak syarikat MLM samada syarikat tempatan atau syarikat asing. Yang pastinya ianya terbukti telah melahirkan ramai orang-orang yang berjaya mencapai taraf Jutawan. Kenapa MLM sebagai kerjaya pilihan ? Ini adalah kerana MLM ini tidak memerlukan modal yang besar sedangkan keuntungannya sangat besar. Yang penting di sini KEUNTUNGAN. Buat apa kita nak menyertai perniagaan dengan modal besar sedangkan keuntungannya tidak pasti. Lagi pun dengan MLM, segala kemahiran dan teknik perjalanan perniagaan akan diajarkan oleh penaja dan juga pihak syarikat itu sendiri. Setiap pengalaman kejayaan daripada orang-orang yang berjaya akan dikongsikan bersama-sama. Sedangkan menjadi usahawan biasa, belum tentu ada yang mahu berkongsi kejayaan mereka bersama kita sebagai pendatang baru... lagipun mereka juga khuatir jika kita boleh menjadi pesaing kepada mereka suatu hari nanti.

Maka di sini, secara ringkasnya... MLM adalah satu bidang keusahawanan yang sangat sesuai untuk semua orang tanpa mengira latar belakang pendidikan dan ekonomi. Saya sendiri juga adalah seorang graduan baru semasa mula-mula menjinakkan diri dengan MLM. Pada masa itu, saya tidak mempunyai haluan dengan pekerjaan yang tetap. Sempat juga menjadi guru di sekolah swasta selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang MLM ini secara sepenuh masa. Hari ini sudah menjangkau 13 tahun saya bersama CNI. Sungguh bangga rasanya menjadi usahawan CNI... dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat sejak 13 tahun yang lalu. Semoga para pembaca blog saya juga sedar bahawa menjadi usahawan MLM CNI juga merupakan suatu kerjaya yang boleh menjamin masa depan anda dan juga keluarga.

01 April, 2008

GBOS Perdana April 2008

>


MBCT akan mengadakan GBOS Perdana pada 25hb. April 2008 di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Selangor. Sasaran kehadiran adalah melebihi 2000 orang. Berbagai program menarik diadakan termasuk cabutan bertuah bernilai melebihi RM2,000.00 ringgit. Setiap yang hadir dengan tiket RM5.00 sahaja akan mendapat baucar diskaun Water Life bernilai RM100.00.
Program ini akan dihiburkan oleh Penghibur terkemuka Helmi Gimik sebagai pengacara tetap. Seterusnya majlis akan di datangi oleh usahawan MLM melayu tersohor dan sangat berjaya di Malaysia iaitu MDAM Murad bin Basir yang akan berkongsi kisah kejayaannya dan memberi sedikit motivasi. Kemudian diikuti oleh MDAM Roslan Abdullah, iaitu satu-satunya pengusaha MLM yang berjaya memiliki kereta sports Porsche baru yang bernilai melebihi RM1 juta. Diikuti persembahan produk oleh MDAM Redzuan Baharuddin iaitu seorang yang pakar tentang produk kesihatan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai CNI untuk memberi penerangan tentang Projek Usahawan CNI dan TEKUN Nasional.
Usahawan CNI semua digalakkan membawa prospek anda beramai-ramai sebagai pendedahan tentang kejayaan yang tersedia apabila mereka menyertai CNI sebagai usahawan.